Monday, May 4, 2009

Usrah Muslimat Mei 2009

Usrah muslimat yang akan diisi dengan bacaan Yasin malam Jumaat dari rumah ke rumah ahli muslimat PAS Cawangan Damansara Damai akan diakan seperti berikut;
    1. 7 Mei 2009 – Rumah Pn. Zamlia (Apartment Idaman)
    2. 14 Mei 2009 – Rumah Pn. Ropiah (Apartment Idaman)
    3. 21 Mei 2009 – Rumah Pn. Aisyah (Saujana Damansara)
    4. 28 Mei 2009 – Rumah Hjh. Razilah (Apartment Idaman – Blok K)

Program bermula selepas maghrib, habis lebih kurang jam 9.30 malam. Semua ahli muslimat dijemput hadir. Maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Azizah Hasan, Ketua Muslimat PAS D'sara Damai - 016-6547593.

Sebagai makluman, Usrah Muslimat Cawangan kali pertama sessi 2009 telahpun diadakan pada 30 April 2009 di rumah Pn. Azizah Hasan.

Friday, May 1, 2009

Usrah Cawangan 1 Mei 2009

Usrah 1 Mei 2009
Perkarangan Surau Apartment Idaman
Jam 10.00 - 11.00 malam
Moderator - Ustaz Najmi b. Dawam
Topik Khas - Kerajaan Perpaduan (Unity Government)
Usrah kali ini merungkaikan isu dalaman PAS semasa yang menjadi semakin hangat menjelang Muktamar Tahunan Pusat yang akan diadakan Jun nanti. Isu Unity Government adalah kesinambungan beberapa isu sebelum ini iaitu Muzakarah dan Muqabalah.
Usrah berpendapat kurangnya penerangan tentang isu Unity Government oleh pimpinan Pusat menyebabkan kecelaruan berlaku diperingkat grass-root. Antara faktor yang menghangatkan lagi keadaan ialah sikap ahli yang mendedahkan isu dalaman jemaah ke dalam blog.
Usrah juga berpendapat isu ulama dan profesional dalam PAS tak perlu dihangatkan. Semua ahli PAS yang dari pelbagai latarbelakang adalah sama. Pembezanya hanyalah satu, iaitu TAQWA di sisi Allah S.W.T.

Friday, April 24, 2009

Mesyuarat PAS Cawangan 24 Mei 2009

Mesyuarat PAS Damansara Damai 2/2009
24 April 2009
PASTI An-Nur

Agenda Khas:
Pembukaan Pusat Khidmat Masyarakat PAS D'sara Damai

Friday, April 10, 2009

Usrah Cawangan - 10 April 2009

Ringkasan:
Usrah Cawangan/ PASTI An-Nur/ 9.30 - 11.00 mlm/ Pengerusi - Ustaz Saad Razak (Pemangku Ketua Cawangan)/ Kehadiran 10 orang ahli/ Agenda; Teks Usrah, Diskusi Umum, dan Ta'aruf.

PAS Cawangan Damansara Damai mengalu-alukan kehadiran ahli baru iaitu Sdr. Nasir (Pemuda) yang baru dua minggu berpindah ke Apartment Idaman, Damansara Damai dari Seremban.
Catatan:
Pemangku Ketua Cawangan mengetengahkan beberapa senarai tugas yang perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Baru iaitu:
    1. Mengemaskinikan rekod keahlian; dan

    2. Mengumpul golongan muda profesional untuk menjana kekuatan ekonomi jemaah.
Antara isu dan perkembangan terkini yang diketengahkan oleh ahli tentang Damansara Damai:
    1. Perhentian bas di persimpangan Damansara Damai menghala ke Sg. Buloh sangat diperlukan oleh penduduk terutamannya ketika hari hujan;
    2. Laporan pilihanraya Bukit Gantang - pesta golongan profesional PAS memberikan sumbangan untuk kemenangan Islam, masyarakat Melayu kampung yang masih menutup pintu daripada mendapat maklumat yang lebih berintegriti, sumbangan PAS Cawangan yang perlu dihulurkan menandakan sokongan; dan
    3. Isu pengurusan Apartment Idaman.

- Laporan disediakan oleh Zul (S/U Cawangan 2009)

Tuesday, April 7, 2009

Pak Din Kemalangan


Untuk makluman semua sahabat PAS Cawangan Damansara Damai, Pak Din (En. Baharudin Belian) telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kaki kanannya patah. Kemalangan berlaku pada Ahad, 5 April 2009, lebih kurang jam 1.00 pagi di kawasan berdekatan Shell Sg. Buloh. Beliau sekarang ini difahamkan ditahan di wad Hospital Sungai Buloh.
Kepada rakan-rakan yang ingin berziarah, beliau boleh dihubungi di talian 012-220 1449.

Sunday, March 1, 2009

Ceramah Isu Semasa - Mac 2009

Penceramah:
1. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam (PAS)

2. YB R Sivarasa, Ahli Parlimen Subang (PKR)

Tempat:

Dewan Apartment Impian, Damansara Damai

Tarikh & Masa:

1 Mac 2009, 9.30 - 12.00 malam

YB Khalid Samad memberi penerangan tentang isu semasa di negeri Selangor. Antara isu yang disentuh ialah penswastaan air yang membebankan dan menindas rakyat, dan kontrak air yang menguntungkan sebelah pihak (Syabas).

YB R Sivarasa pula menerangkan kontrak tol yang menguntungkan pengedali tol dan amat merugikan rakyat untuk jangka panjang sedangkan kerajaan mempunyai kemampuan untuk mengambil alih syarikat konsesi. Jika kerajaan serius, rakyat boleh bebas daripada bebanan tol tak lebih dari 10 tahun lagi.

Saturday, February 14, 2009

Dialog "PAS For All" - 15 Februari 2009



Dialog "PAS For All" Bersama Pimpinan pada 15 Februari 2009 (Ahad) di Dewan Apartment Impian, bermula jam 9.00 pagi. Program ini dianjurkan sempena penubuhan dua lagi Cawangan PAS di Damansara Damai iaitu Cawangan Apartment Impian, dan Cawangan Apartment Saujana.

Ahli Panel:

Ustaz Azrulkhakim Suradi
(Calon PAS N01 - Sungai Air Tawar PRU-12)

Dr. Ramli b. Jusoh
(Timbalan YDP PAS Kawasan Subang)

Friday, February 13, 2009

Usrah Cawangan - 13 Februari 2009


Usrah PAS Damansara Damai pada 13 Februari 2009, di PASTI An-Nur, Apartment Idaman, jam 9.30 - 11.00 mlm. Juga dibincangkan tentang program Dialog "PAS For All" yang akan diadakan pada 15 Februari 2009, di Dewan Apartment Impian, jam 9.00 pg.
(Usrah Cawangan diadakan setiap Jumaat malam, selepas solat Isya' di tempat yang akan dimaklumkan dari masa ke masa)

Friday, January 30, 2009

Usrah Cawangan - 30 Januari 2009


Usrah mingguan PAS Damansara Damai pada 30 Januari 2009 (Jumaat), di perkarangan Surau Al-Huda, Apartment Impian, jam 9.30 - 11.00 malam. Usrah kali ini adalah pertama kali di adakan di sini sejak penubuhan PAS Cawangan Apartment Impian.