Friday, May 1, 2009

Usrah Cawangan 1 Mei 2009

Usrah 1 Mei 2009
Perkarangan Surau Apartment Idaman
Jam 10.00 - 11.00 malam
Moderator - Ustaz Najmi b. Dawam
Topik Khas - Kerajaan Perpaduan (Unity Government)
Usrah kali ini merungkaikan isu dalaman PAS semasa yang menjadi semakin hangat menjelang Muktamar Tahunan Pusat yang akan diadakan Jun nanti. Isu Unity Government adalah kesinambungan beberapa isu sebelum ini iaitu Muzakarah dan Muqabalah.
Usrah berpendapat kurangnya penerangan tentang isu Unity Government oleh pimpinan Pusat menyebabkan kecelaruan berlaku diperingkat grass-root. Antara faktor yang menghangatkan lagi keadaan ialah sikap ahli yang mendedahkan isu dalaman jemaah ke dalam blog.
Usrah juga berpendapat isu ulama dan profesional dalam PAS tak perlu dihangatkan. Semua ahli PAS yang dari pelbagai latarbelakang adalah sama. Pembezanya hanyalah satu, iaitu TAQWA di sisi Allah S.W.T.

No comments: