Friday, April 24, 2009

Mesyuarat PAS Cawangan 24 Mei 2009

Mesyuarat PAS Damansara Damai 2/2009
24 April 2009
PASTI An-Nur

Agenda Khas:
Pembukaan Pusat Khidmat Masyarakat PAS D'sara Damai

Friday, April 10, 2009

Usrah Cawangan - 10 April 2009

Ringkasan:
Usrah Cawangan/ PASTI An-Nur/ 9.30 - 11.00 mlm/ Pengerusi - Ustaz Saad Razak (Pemangku Ketua Cawangan)/ Kehadiran 10 orang ahli/ Agenda; Teks Usrah, Diskusi Umum, dan Ta'aruf.

PAS Cawangan Damansara Damai mengalu-alukan kehadiran ahli baru iaitu Sdr. Nasir (Pemuda) yang baru dua minggu berpindah ke Apartment Idaman, Damansara Damai dari Seremban.
Catatan:
Pemangku Ketua Cawangan mengetengahkan beberapa senarai tugas yang perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Baru iaitu:
    1. Mengemaskinikan rekod keahlian; dan

    2. Mengumpul golongan muda profesional untuk menjana kekuatan ekonomi jemaah.
Antara isu dan perkembangan terkini yang diketengahkan oleh ahli tentang Damansara Damai:
    1. Perhentian bas di persimpangan Damansara Damai menghala ke Sg. Buloh sangat diperlukan oleh penduduk terutamannya ketika hari hujan;
    2. Laporan pilihanraya Bukit Gantang - pesta golongan profesional PAS memberikan sumbangan untuk kemenangan Islam, masyarakat Melayu kampung yang masih menutup pintu daripada mendapat maklumat yang lebih berintegriti, sumbangan PAS Cawangan yang perlu dihulurkan menandakan sokongan; dan
    3. Isu pengurusan Apartment Idaman.

- Laporan disediakan oleh Zul (S/U Cawangan 2009)

Tuesday, April 7, 2009

Pak Din Kemalangan


Untuk makluman semua sahabat PAS Cawangan Damansara Damai, Pak Din (En. Baharudin Belian) telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kaki kanannya patah. Kemalangan berlaku pada Ahad, 5 April 2009, lebih kurang jam 1.00 pagi di kawasan berdekatan Shell Sg. Buloh. Beliau sekarang ini difahamkan ditahan di wad Hospital Sungai Buloh.
Kepada rakan-rakan yang ingin berziarah, beliau boleh dihubungi di talian 012-220 1449.