Friday, April 10, 2009

Usrah Cawangan - 10 April 2009

Ringkasan:
Usrah Cawangan/ PASTI An-Nur/ 9.30 - 11.00 mlm/ Pengerusi - Ustaz Saad Razak (Pemangku Ketua Cawangan)/ Kehadiran 10 orang ahli/ Agenda; Teks Usrah, Diskusi Umum, dan Ta'aruf.

PAS Cawangan Damansara Damai mengalu-alukan kehadiran ahli baru iaitu Sdr. Nasir (Pemuda) yang baru dua minggu berpindah ke Apartment Idaman, Damansara Damai dari Seremban.
Catatan:
Pemangku Ketua Cawangan mengetengahkan beberapa senarai tugas yang perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa Baru iaitu:
    1. Mengemaskinikan rekod keahlian; dan

    2. Mengumpul golongan muda profesional untuk menjana kekuatan ekonomi jemaah.
Antara isu dan perkembangan terkini yang diketengahkan oleh ahli tentang Damansara Damai:
    1. Perhentian bas di persimpangan Damansara Damai menghala ke Sg. Buloh sangat diperlukan oleh penduduk terutamannya ketika hari hujan;
    2. Laporan pilihanraya Bukit Gantang - pesta golongan profesional PAS memberikan sumbangan untuk kemenangan Islam, masyarakat Melayu kampung yang masih menutup pintu daripada mendapat maklumat yang lebih berintegriti, sumbangan PAS Cawangan yang perlu dihulurkan menandakan sokongan; dan
    3. Isu pengurusan Apartment Idaman.

- Laporan disediakan oleh Zul (S/U Cawangan 2009)

No comments: